Thursday, March 27, 2008

Malapetaka Untuk Akar Umbi UMNO

Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib ahli akar umbi UMNO ekoran PRU12 8 Mac lalu.

Lapuran akhbar menyatakan beberapa badan perhubungan negeri UMNO menyokong cadangan agar pemilihan UMNO 2007 yang telah ditunda ke tahun ini ditunda lagi ke 2009.

Atas apa alasan sekali pun cadangan dibuat, ia akan dilihat sebagai satu usaha menidakkan hak ahli umno. Sudahlah ditolak pengundi di banyak kawasan termasuk DUN Taman Medan, kini ahli UMNO di peringkat akar umbi pula terancam dipinggir oleh kepimpinan mereka sendiri.

Sekiranya ini berlaku kita takut akan tiba masanya Bangsa Melayu akan memilih untuk bergerak sepenuhnya tanpa UMNO. Tidak mustahil ia berlaku kerana UMNO lahir dari gerakan Bangsa Melayu. Bukan UMNO yang melahirkan gerakan Bangsa Melayu.

Apakah akan tiba masanya ahli-ahli akar umbi UMNO terpaksa memohon kepada Istana - tempat kelahiran parti keramat ini - bagi menyelamatkannya?
Itu pun kalau ada lagi Istana yang masih sudi bergerak bersama UMNO.

2 comments:

Khairul Nizar said...

Macamana UMNO nak memimpin BN?

Pucuk pimpinan Gerakan dan MCA juga telah berundur dari Kabinet kerana ingin menumpukan masa kepada proses ‘cipta-semula’ parti masing-masing.

Pucuk pimpinan MCA meneruskan pemilihan pada tahun ini walaupun hampir pasti menghadapi ‘malapetaka’ kepada barisan pucuk pimipinan yang sedia ada, nampak komitmen mereka dalam proses ‘cipta-semula’ ini.

Dalam UMNO pulak proses sebaliknya pula berlaku dalam parti induk BN ini.

Pakat ranap lagi lah

Khairul Nizar said...

Alhmadulillah pemilihan diteruskan. Doakan ia pemilihan yang bermakna.