Monday, March 31, 2008
Sekali Air Bah
Begitulah perasan akar umbi UMNO hari ini pasca PRU12.
Setelah dilanda bah besar tsunami 8hb MAC 2008, ramai ahli UMNO dan tidak ketinggalan juga rakyat biasa mengharapkan suatu perubahan besar akan berlaku di dalam parti. Harapan mereka tersentak sebentar apabila ada cadangan pemilihan UMNO 2007 yang telah ditunda ke tahun ini ditunda lagi ke 2009.
Walau pun keputusan dibuat pemilihan akan berlangsung pada Disember 2008, ramai yang rasa tertipu. Mereka masih mengharapkan ia akan berlansung pada bulan Ogos seperti yang dijadualkan sungguh pun ada yang menuntut seawal April atau Mei. Apa bezanya Disember 2008 dengan 2009?
Tidak kurang ramai juga merasakan tiada perubahan besar bakal berlaku dalam pemilihan ini. “Sistem patronage” serta corak pemilihan amalan UMNO hari ini memberikan kelebihan kepada pemimpin di setiap peringkat mengekalkan kedudukan mereka.
Tambahan pula hari ini pucuk pimpinan UMNO dengan jelas menyatakan sistem kuota yang diamalkan kekal. Sesungguhnya sistem kuota ini telah membunuh demokrasi di dalam parti.
Sistem ini juga yang telah menjadikan UMNO sebuah organisasi di mana ahli mengutamakan kehendak pihak atasan daripada peringkat akar umbi apatah lagi orang luar parti. Kesannya UMNO tidak lagi berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah parti politik untuk kepentingan rakyat tetapi lebih menurut cita rasa pemimpinnya.
Masih tidak nampakkah kita mengapa masyarakat khususnya orang Melayu hilang rasa pertalian mereka dengan UMNO?
UMNO perlukan perubahan bagi mengembalikan keyakinan ahli dan rakyat kepada parti. Apakah mungkin ia berlaku tanpa melakukan perubahan terhadap sistem dan struktur organisasi.
Hari ini keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional telah terhakis di 5+1 buah negeri . Begitu juga halnya dengan dua buah istana.
Kalau tetap tidak berubah juga, tiada bahtera yang dapat menyelamatkan UMNO di dalam bah besar akan datang.
Thursday, March 27, 2008
Malapetaka Untuk Akar Umbi UMNO
Lapuran akhbar menyatakan beberapa badan perhubungan negeri UMNO menyokong cadangan agar pemilihan UMNO 2007 yang telah ditunda ke tahun ini ditunda lagi ke 2009.
Wednesday, March 26, 2008
Asas Dan Tujuan UMNO
FASAL 3 ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
Sama-samalah renungkan dan hayatinya.
Tuesday, March 25, 2008
Hanya imam bertauliah dibenar bertugas – Sultan Selangor
“Masjid dan surau adalah tempat suci yang digunakan untuk beribadat dan janganlah ia digunakan sebagai gelanggang bagi parti-parti politik mengadakan ceramah dan perkara lain untuk kepentingan politik mereka,” titah baginda.
Selanjutnya.
Monday, March 24, 2008
Exco Baru Selangor Mengangkat Sumpah
Dari PKR ialah Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas) manakala PAS, Dr Hassan Ali (Gombak Setia), Dr Halimah Ali (Selat Kelang) dan Iskandar Abdul Samad (Cempaka) .
DAP pula Teresa Kok (Kinrara) ,Ronnie Liu (Pandamaran) dan Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan).
Jawatan Timbalan Menteri Besar belum diisi setakat ini.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang portfolio Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri serta Belia dan Sukan, Yaakob (Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan), Rodziah (Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi), Wong (Pelancongan, dan Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Jayakumar (Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin).
Kok memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Liu (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) dan Yong (Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram).
Hassan pula memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Halimah (Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan) dan Iskandar (Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).
Thursday, March 13, 2008
Perjuangan Belum Selesai
Wednesday, March 12, 2008
UMNO Parti Melayu Paling Unggul
Bekas Menteri Besar Selangor itu juga berikrar menjadikan BN sebagai barisan pembangkang yang kuat untuk memastikan segala yang dibina oleh parti itu sebelum ini dijaga dengan baik oleh kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS itu.
Walaupun tewas, BN Selangor sebenarnya lebih kuat berbanding kerajaan campuran itu kerana BN memenangi 20 kerusi berbanding parti-parti yang memerintah iaitu PKR hanya menang 15 kerusi, DAP (13) dan PAS (8).
UMNO juga masih lagi kuat dengan memperolehi kerusi Melayu terbanyak sebanyak 18 berbanding dengan PKR (9), PAS (8) dan PSM (1).
Berita selanjut dari Bernama.
Tuesday, March 11, 2008
Terima Kasih Buat Semua
Bagi pihak UMNO kami mohon maaf atas keputusan mengecewakan yang tidak setimpal dengan segala pengorbanan semua sepanjang tempuh berkempen.
Hanya ALLAH yang dapat membalas kembali usaha perjuangan anda
demi Agama, Bangsa dan Negara.
Ikhlas dari :
UMNO Cawangan Inai Merah
UMNO Cawangan Seksyen 14
UMNO Cawangan MJ Setia
UMNO Cawangan MJ9
UMNO Cawangan PJS Indah
UMNO Cawangan Pinggiran Gasing
UMNO Cawangan Generasi Gemilang
Sunday, March 9, 2008
Friday, March 7, 2008
"Hanya Orang Taman Medan Untuk Taman Medan"
Oleh Ahmad Nazri Mohamad
ahmadnazri@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Saya nak bagi tahu Haniza, orang Taman Medan tak perlukan orang luar untuk perjuangkan hak kami,” demikian kata calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, Munaliza Hamzah pada calon lawannya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haniza Mohd Talha.
Munaliza begitu ‘tersentuh’ apabila Haniza berlagak ‘heroin’ dengan berjanji mahu mencadangkan pembinaan pusingan U sebelum sampai Plaza Tol PJS2 Lebuhraya Pantai Baru (NPE) bagi menyelesaikan masalah penduduk Kampung Datuk Harun di Petaling Jaya jika dipilih sebagai wakil rakyat, kelak.
Sejak bayaran tol dikenakan di NPE, penduduk Kampung Datuk Harun terpaksa membayar di Plaza Tol PJS2 yang terletak 300 meter dari persimpangan jalan keluar masuk ke penempatan mereka.
“Saya tahu masalah penduduk Taman Medan sebab saya sendiri duduk dalam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Ahli Majlis MBPJ).
“Saya dan Ahli Majlis lain sudah berbuih mulut minta mempercepatkan jalan alternatif untuk elak bayar tol, orang Umno dan MIC di Taman Medan sudah lama memperjuangkannya.
“Kita mahukan jalan tak ada tol, tetapi kita ambil kira semua perkara sebelum bina, demi kepentingan semua,” katanya yang lebih mesra dipanggil Kak Muna ketika dihubungi, semalam.
Haniza dalam satu kenyataan, berikrar akan mencadangkan kepada pemegang konsesi supaya membina satu pusingan U sebelum sampai di Plaza Tol PJS2 sebagaimana pusingan di Plaza Tol PJS1.
Dari Harian Metro : Jumaat 7hb Mac
Thursday, March 6, 2008
Manifesto Pemimpin Tempatan - Calon BN N33
Wednesday, March 5, 2008
Sorotan 1 22FEB08 : Majlis Memperkenalkan Calon
Calon BN N33 Taman Medan Munaliza Hamzah dan
P105 Petaling Jaya Selatan Dato' Ir Donald Lim Siang Chai
Tuesday, March 4, 2008
N33 Taman Medan : Antara Khidmat dan Suara
Antara perkhidmatan untuk masyarakat atau suara di Dewan Undangan Negeri. Begitulah intipati pilihan bagi para pengundi Seksyen 14 Utara dan Seksyen 14 Selatan serta 11 peti undi lain bagi kawasan DUN N33 Taman Medan 8hb Mac nanti.
Dua peti undi Seksyen 14 merupakan antara 13 kawasan DUN Taman Medan yang terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat. Kepelbagaian ini membuat ujudnya perbezaan aspirasi serta tuntutan di kalangan para pengundi.
Seksyen 14, rata-rata pengundi terdiri daripada golongan menengah atas. Umumnya golongan ini sudah pun menikmati serta mempunyai segala keperluan asas yang diperlukan. Kerana itu harapan mereka terhadap wakil rakyat melampaui perkhidmatan kemasyarakatan dari wakil mereka.
Aspirasi golongan ini lebih kepada samada wakil mereka mampu menjadi suara di Dewan Undangan Negeri. Mereka menuntut agar pendirian mereka terhadap isu-isu sejagat seperti membasmi rasuah, keadilan, ketelusan dan kepentingan umum dibahaskan.
Kini Taman Medan sedang melalui proses perubahan struktur sosioekonomi yang pesat. Tiada lagi penempatan peneroka bandar. Bagi Seksyen 14 penempatan Kg Sri 14 telah ditutup pada tahun 2001 dan kini di tapaknya berdiri Menara Millenium. Taman Medan kini berstatus sifar setinggan di mana semua penduduk mempunyai kemudahan asas dalam kehidupan mereka.
Namun masih ramai penduduk DUN Taman Medan terdiri daripada golongan menengah rendah dan miskin - kumpulan yang masih memerlukan bantuan dan khidmat langsung daripada wakil mereka.
Berdasarkan hakikat ini, Barisan Nasional mengemukan Ketua Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan Munaliza binti Hamzah sebagai calon yang telah terbukti rekod perkhidmatan kepada masyarakat khususnya golongan menengah rendah dan miskin.
Monday, March 3, 2008
Tradisi Membela Rakyat - Teras Calon BN N33 Taman Medan
Pengalaman selama 12 tahun sebagai setiausaha kerja dan pegawai khas kepada 2 orang wakil rakyat menyakinkan pucuk pimpinan parti memilih beliau sebagai calon menggantikan Abdul Wahab bin Ibrahim sebagai wakil rakyat bagi DUN N33 Taman Medan.
Bermula sebagai setiausaha kerja ADUN Lindungan dan kemudian Taman Medan YB Kapt (B) Dato' Hj. Zahar Hashim pada tahun 1995 hingga 1999 dan sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Sepang YB Datin Paduka Seripah Noli hingga 2002 memberikan beliau pendedahan luas bagi tugas-tugas sebagai wakil rakyat.
Berkhidmat untuk masyarakat dengan dua orang wakil rakyat ini memberikan Puan Munaliza pendedahan menyeluruh di kedua-dua peringkat perwakilan negeri dan persekutuan. Dipertanggung jawabkan untuk membuat kaji selidik dan persediaan bagi isu-isu yang perlu dibincang di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen menjadikan beliau sebagai calon yang mampu menyuarakan hasrat rakyat di peringkat negeri Selangor.
Di samping itu sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya sejak 2004 melengkapkan pendedahan beliau kepada ketiga-tiga peringkat perwakilan negara.
Di peringkat tertinggi, Puan Munaliza terlibat dengan isu-isu nasional melalui tugasan beliau selaku Setiausaha Kerja Pusat Pergerakan Wanita UMNO.
Berbekalkan pengalaman di ketiga-tiga peringkat kerajaan serta perkhidmatan di akar umbi masyarakat setempat dan penglibatan peringkat nasional, pencalonan Puan Munaliza binti Hamzah bagi DUN Taman Medan menjanjikan kesinambungan Tradisi Membela Rakyat Kerajaan Barisan Nasional.
Sunday, March 2, 2008
Kawasan Mengundi PRU12 Zon 12 - N33 Taman Medan
Sebahagian daripada kawasan Seksyen 19 sepanjang jalan 19/1 juga termasuk di dalam kawasan Seksyen 14 Utara.
Bagi kawasan Seksyen 14 bersempadankan Sungai Pencala, Jalan Semangat dan Jalan Utara pula terletak di dalam kawasan Dewan Undangan negeri N34 Bukit Gasing.
Bagi Pengundi Zon 12, tempat-tempat pembuangan undi pada 8 Mac nanti adalah :
- Seksyen 14 Utara di SRK Sri Petaling Jalan 12/15
- Seksyen 14 Selatan di SMK sri Utama Jalan 227
Peta untuk Seksyen 14 Utara
Pangkah X berwarna kuning menandakan tempat pembuangan undi.
Peta untuk seksyen 14 selatan
Saturday, March 1, 2008
Biodata Calon Barisan Nasional P105 PJ Selatan
NAMA : Dato' Ir. Donald Lim Siang Chai
TARIKH LAHIR : 17 Disember 1955
KELAYAKAN AKADEMIK/PROFESSIONAL
- Ahli Institusi Jurutera Malaysia (MIEM)
- Ahli Institusi Jurutera Elektrikal, UK (MIEE)
- Jurutera Bertauliah, UK (C. ENG)
- Ahli Persatuan Ciptaan dan Rekaan Malaysia
- Ahli Institut Pengurusan Malaysia (MMIM)
- Diploma Lanjutan Dalam Teknologi, Kolej TAR
- Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Deakin University, Australia
POLITIK
- Bekas Timbalan Menteri Pelancongan
- Bekas Timbalan Menteri Penerangan
- Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan
- Naib Presiden MCA Kebangsaan
- Ahli Majlis Presidentsial MCA Kebangsaan
- Pengerusi Biro Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana MCA Kebangsaan
- Pengerusi MCA Bahagian PJ Selatan
- Pengerusi Barisan Nasional Bahagian PJ Selatan
- Bekas Presiden Persatuan Elektrikal dan Elektronik Malaysia (TEEAM)
- Penasiaht Persatuan Keturunan Lim Malaysia
- Penasihat Gerakan Belia Bersatu Malaysia
- Presiden Kehormat Pertubuhan Belia Xiang Lian Malaysia
- Penasihat Pertubuhan Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Petaling Jaya
- Penasiahat Persatuan Perniagaan dan Perdagangan Petaling Selangor
- Penasihat Persatuan Peniaga-Peniaga Kopi, Bar dan Restoran Petaling Jaya
- Penasihat Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Petaling Jaya
- Penasihat Persatuan Perkuburan Petaling Jaya
- Penasihat Persatuan Gabungan Perayan Por Tor Petaling
- Penasihat Persatuan Komuniti Penjaja-Penjaja Petaling Jaya
- Ahli Kelab Rotary Petaling Jaya
- Presiden Kelab Golf Negara Subang
- Presiden Persekutuan Catur Cina (Xiang Qi) Malaysia
- Bekas Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia
- Pengerusi Persatuan Ping Pong Daerah Petaling
Biodata Calon Barisan Nasional N33 Taman Medan
UMUR : 44 Tahun
TARIKH LAHIR : 20 Julai 1963
PENDIDIKAN :
SMK Tuanku Muhamad Kuala Pilah
PENGALAMAN BEKERJA
1991 - 1994 : Setiausaha Kerja Perkhidmatan Masyarakat Pejabat ADUN Lindungan
1995 - 1997 : Setiausaha Kerja Perkhidmatan Masyarakat Pejabat ADUN Taman Medan
1997 - 1998 : Pengurus Pembangunan Perniagaan Mentari Corporation Sdn Bhd
1998 - 2002 : Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Sepang
2002 - 2008 : Ketua Setiausaha Kerja UMNO Bahagian PJ Selatan
2006 - 2008 : Setiausaha Kerja Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
2004 - sekarang : Ahli Majlis MBPJ
BIDANG TUGAS
- Bersama ADUN/Ahli Parlimen meyelesai masalah rakyat.
- Merancang dan melaksanakan program-program yang bersesuaian untuk masyarakat setempat.
- Mewakili ADUN/Ahli Parlimen ke mesyuarat jawatankuasa pembangunan daerah.
- Membuat kajiselidik dan menyediakan isu-isu yang ingn dibangkit dan dibahas di dalam persidangan Parlimen / Dewan Undangan Negeri.